Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Pagi ni saya nak kongsikan sedikit cerita saya kepada anda semua.
Setiap kali bila saya datang mengurut di hospital, saya teringat balik pengalaman saya pernah bersalin sebelum ini. Begitu hebatnya seorang wanita dengan kepayahan, kesakitan untuk melahirkan zuriat amanah Allah ini. Ianya ibarat bertarung nyawa di hujung rambut. Hanya dengan pertolongan & kebesaran Allah, urusan kita menjadi mudah.
Selepas melalui proses kelahiran, ibu lepas bersalin perlu tahu cara berpantang dengan betul. Macam saya sendiri beruntung mempunyai ibu seorang bidan. Beliau lah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara berpantang yang betul. (ikut cara orang dulu-dulu)
Dari pengalaman yang saya ada itulah terdetik di hati saya untuk berkongsi kepada orang lain. Sebab orang tua-tua kata, bila kita jaga pantang dengan baik, kesihatan kita akan kekal lama, inshaAllah.
Setiap tugasan yang kita lakukan juga, niat lah kerana Allah. Bila niat kita baik, inshaAllah ,Dia juga akan hantar yang baik-baik untuk kita.
Semoga mendapat sesuatu!
#azwinbeautycentre
#sihatdalamanserikejelitaan
Comments
Post a Comment