Skip to main content

DARI PAKAI TONGKAT, SEKARANG DAH BOLEH BERJALAN

Hai semua. Selamat petang. Semoga sihat2 je ye. Petang ni saya nak share pengalaman saya menjadi bidan urut bersalin.

Antara pengalaman yang pernah saya rasa sepanjang mengurut wanita dalam pantang ialah patient yang mengalami masalah tidak boleh berjalan selepas bersalin. Dia mengalami komplikasi semasa melahirkan anak.

Beliau ada menghubungi saya untuk slot urutan ibu lepas bersalin.Memandangkan slot urutan saya pada hari itu telah pun penuh, jadi beliau pun bersetuju untuk dapatkan urutan pada keesokan harinya.

Semasa saya datang ke rumahnya keesokan hari, saya melihat beliau dalam keadaan sedih dan tidak boleh bergerak .Beliau perlukan bantuan orang untuk berjalan. Malah, beliau juga terpaksa memakai tongkat untuk memudahkan beliau bergerak!

Semasa saya melakukan urutan, beliau menceritakan apa yang terjadi yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan. Bila dicerita, rupanya beliau diselup dan digantung kaki akibat bahu bayinya yang tersangkut.

Agak lama juga saya membetulkan urat dan angin yang banyak dalam badan  beliau serta saya membetulkan kedudukan rahimnya yang tidak stabil.

Hari pertama hasil urutan dari saya, beliau sudah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat lagi. Alhamdulillah. Jika ikutkan, beliau perlu menjalani terapi di Hospital (Sebab doktor syorkan ).Tetapi berkat urutan tadi, kini beliau bersyukur sebab tak perlu pergi menjalani terapi.

Selepas selesai urut, beliau pun bangun dan boleh berjalan seperti biasa sehingga menyebabkan suami beliau sendiri terkejut dengan kesan positif pada isterinya. Alhamdulillah kini beliau sihat seperti sedia kala. Semuanya dengan izin Allah.

Semoga mendapat sesuatu!

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...