Skip to main content

TERKEHEL KAKI

Assalamualaikum. Hai semua. Malam ni saya nak share story pasal pengalaman mengurut customer yang terkehel kaki.

Ceritanya macam ni. Customer saya ni memang dah biasa mengurut dengan saya sebelum ni. Dia tinggal di area damansara, selangor.

Kebetulan masa hari tu, orang gaji dia dah beberapa minggu tak dapat datang rumah. Jadi dia yang buat kerja rumah sendiri. Masa mengemas tu, kebetulan memang lantai licin sebab baru lepas mop. Dia tak perasan jadi terjatuh tangga sampai jadi tergeliat.

Dia terus contact saya untuk betulkan balik urat yang tergeliat tu. Itupun lepas 1 hari baru dia call kata nak mengurut. Masa tu, kaki dia dah masuk angin sebab terperam lama.

Masa saya tengok kaki dia tu, kaki dia memang dah tersalah urat. Lepas urut, kaki yang terkehel tadi alhamdulillah dengan izin Allah, dah baik semula dan boleh jalan seperti biasa.

Mula-mula masa berurut memang akan rasa sakit sikit sebab angin dah lama masuk, jadi jari kaki pun akan bengkak.

Sebab tu bila terjatuh, atau terkehel kaki, kena cepat-cepat ambik tindakan untuk pulihkan semula kaki yang terkehel tadi. Sebaiknya cari orang yang betul-betul pandai pasal urutan dan tahu cari urat.

Jangan tersalah cari orang yang mengurut sebab ada teknik tertentu untuk betulkan balik urat yang dah tergeliat tu tadi.

Moga anda dapat sesuatu sebagai pengajaran!

#azwinbeautycentre
#urutantradisionalmelayu
#sihatdalamserikejelitaan

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...