Hai. Terima kasih kerana sudi baca blog saya. Dalam blog ni saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang telah saya lalui dalam bidang kesihatan dan kecantikan atau secara tepatnya adalah mengenai amalan berpantang yang betul.
Sekarang dunia telah pun berubah. Kita sedang berada di zaman yang serba moden dan kebanyakan daripada kita inginkan benda yang ringkas, cepat dan juga mudah. Betul kan?
Tetapi, dalam amalan berpantang, kebanyakan ibu-ibu muda di luar sana gemar dengan cara berpantang moden kerana bagi mereka ianya lebih mudah dan cepat. Bagi pendapat saya, dalam amalan berpantang ini, tiada istilah berpantang moden seperti yang diamalkan kebanyakan wanita kini. Semua perkara mesti melalui prosesnya.Terlalu banyak kesan buruk akibat dari amalan berpantang moden ini.
Ramai dari customer saya yang datang berjumpa dengan saya, mereka mengadu sudah tersalah makan semasa berpantang. Badan mereka pula tidak pernah berurut, dan tak tahu pun perkara-perkara yang dilarang semasa berpantang. Akibat dari sikap suka mengambil mudah ini menyebabkan badan mereka menjadi sakit-sakit, lesu. Jika dilihat umur mereka belum pun menjangkau 40-an lagi!
Nasihat saya ialah, pastikan kita ambil tahu ilmu-ilmu berkaitan dengan amalan berpantang ni. Rujuk mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang kesihatan. Banyakkan bertanya. Elakkan dari badan menjadi sakit, baru hendak mencari rawatan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?
Jika kita nak kesihatan yang berpanjangan, rahsianya adalah semasa kita melahirkan anak yang pertama, amalkan berpantang dengan betul. InsyaAllah, saya yakin yang anda akan lebih bertenaga, lebih sihat dan lebih berkeyakinan di kemudian hari!
Semoga mendapat sesuatu ya.. Jumpa pada posting seterusnya.
#BidanUrutIbuDanAnak #KesihatanAdalahKekayaan
Comments
Post a Comment