Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat.
Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus.
Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.
Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah:
1. KURANG RASA STRES
Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.
2. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh. Urutan badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ dan juga membantu menghilangkan racun dari tubuh! Bagus kan?
3. ELAKKAN BONGKOK
Urutan badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urutan badan dapat membantu melatih otot-otot tulang anda untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur badan anda tidak bongkok.
4. KURANGKAN RASA SAKIT
Urutan yang dilakukan oleh tukang urut yang professional dan terlatih akan mampu menghasilkan urutan yang dapat mengurangkan rasa sakit kerana sakit kepala, sakit tulang (arthritis) dan sebagainya.Urutanbadan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah serta dapat meningkatkan kepadatan tulang-tulang anda.
5. AWET MUDA
Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian tubuh anda terasa sakit, selain berehat, urutan badan juga dapat membantu. Urutan badan dapat meremajakan tubuh anda. Bila anda bangun pagi, tubuh anda akan terasa lebih bertenaga!
6. ANTIBODI JADI KUAT
Bukan vitamin atau suplemen sahaja yang boleh meningkatkan antibodi badan, tapi dengan urutan badan juga sangat membantu. Urutan yang dilakukan dengan betul akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh anda menjadi lebih kuat.
Semoga bermanfaat!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk dapatkan urutan badan perbidanan melayu, kami boleh bantu selesaikan masalah yang anda hadapi.
Sila whatsapp di talian 016 250 8908 untuk booking slot urutan terlebih dahulu.
Anda juga boleh follow media sosial rasmi kami di facebook dan juga instagram . Search sahaja @thevinsha Di sana ada juga diselitkan testimoni, tips, info, dan panduan khas untuk anda.
Comments
Post a Comment