Skip to main content

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh:

1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas.
2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan.
3. Melewat-lewatkan berurut badan.

Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab.

Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua.

Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka!

Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda.

1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Posisi atau keadaan rambut yang diikat tinggi akan memudahkan pergerakan si ibu.

2. Ikatan rambut yang kuat ini juga mampu menghalang angin dari memasuki tubuh melalui ubun-ubun. Ini dapat mengelakkan sakit kepala dan penyakit rabun selepas tempoh berpantang. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal, ketika meneran bayi keluar ibu menggunakan keseluruhan urat mata, dahi dan kepala.Oleh itu urat-urat ibu ini sangat lemah.

3. Dapat mengekalkan wajah awet muda melalui cara FACE LIFTING. Orang zaman dahulu, walau mereka dah berusia tetapi mereka tidak memerlukan rawatan benang, menyucuk vitamin C atau botoks pada wajah kerana wajah mereka kekal tegang tanpa bantuan alat lain kerana mengamalkan cara ini.

Ciri-ciri ikatan rambut yang baik adalah apabila si ibu tadi merasa kulit kepala mereka seakan tegang dan cekang dari ikatan rambut itu tadi.


Ini petua tambahan jika masalah sakit kepala tidak juga hilang:

1. Ambil 3 biji limau nipis dan belah dua bahagian.
2. Perah dan ambil airnya serta jeramkan pada kulit kepala.
3. Biarkan kering di kepala semalaman. 

(Anda boleh cuba pada waktu pagi sebelum mandi pagi )

Berpantang bukan kerana anda seorang yang manja, tetapi kerana anda sangatlah istimewa!

Semoga anda dapat sesuatu dalam posting kami kali ini. Jumpa lagi nanti okay

Follow media sosial VINSHA untuk lagi banyak tips berpantang.

Instagram/Facebook Page : @thevinsha

#vinsha #kesihatanadalahkekayaan #sihatdalamanserikejelitaan #tipsibuberpantang
#bidanuruthospital #damansara





Comments

Popular posts from this blog

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...