Skip to main content

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN




Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni?

Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni.

Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital.

Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B je okay?

1)BERURUT BADAN





Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut.

Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarkan dengan baik. Barulah badan jadi ringan dan segar!

Punca kenapa badan lenguh-lenguh, cepat penat, tak bertenaga adalah kerana badan anda tengah ‘memberontak’.Badan kita ni sama juga macam kereta. Bila sampai masanya, mesti kena hantar bengkel untuk diservis.

2)BERTUNGKU





Selepas badan dah okay, darah dah lancar sebab dah berurut, barulah anda disarankan untuk bertungku. Dengan bertungku, perut anda boleh kempis dengan lagi cepat.

Kelebihan bertungku ni, ia dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka peranakan wanita. Bukan tu je, darah nifas pun akan keluar dengan baik dan mengelakkan darah kotor dari tertinggal di dalam rahim si ibu.

Anda tak digalakkan buat sendiri. Minta bantuan bidan berpengalaman untuk bantu anda kerana ia perlukan proses yang agak rumit dan berat.



3)BERBENGKUNG





Akhir sekali kalau nak kurus, anda mesti berbengkung. 


Kelebihan berbengkung ni ada banyak. Antaranya dapat menegangkan kulit yang menggeleber,menguatkan tulang belakang kita, mengelakkan angin masuk ke dalam perut.

Dan yang paling best bila berbengkung, ia akan mengawal selera makan kita. Jadi takdelah istilah kita nak makan banyak. Dan dari situlah kita akan mudah untuk turun berat badan.


Ini adalah amalan tradisional melayu yang sudah diamalkan oleh orang tua-tua kita sejak dari dulu lagi. Semuanya ada kebaikan untuk diri kita. Jadi kalau nak kurus, amalkan je 3B ni dan insyaAllah anda akan dapat hasilnya!


Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...