Skip to main content

10 KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA ASLI YANG ANDA WAJIB TAHU






1) Membantu sistem pencernaan

Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah di dalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. 

Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. 

Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.


                                 

                                                             Video Testimoni Cik Maziah

2) Masalah kegemukan

Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badan anda. Ia mengandungi asid lemak yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. 

Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga.

Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti ataupun kegemukan.

3) Penyakit Jantung

Ramai yang dah tersalah faham bahawa minyak kelapa dara ini tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung anda.

Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain.


4) Melembapkan Kulit

Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. 

Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. 


5) Penjagaan Rambut

Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit yang berkilat.. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara dapat memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak.

Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. .

6) Masalah Tiroid

Minyak kelapa dara boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

7) Mengurangkan masalah Resdung

Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung

8) Penyembuhan Semulajadi

Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.


9) Mengatasi masalah kencing manis

Minyak kelapa dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

10) Mencegah masalah tulang

Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa dara meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Jika anda berminat untuk kami bantu anda, tekan je link kat bawah ni



(Jaminan pemulangan wang jika produk ini tidak berkesan pada anda)




Minyak Kelapa Dara Asli VINSHA


100% Selamat, Tanpa Bahan Kimia dan Semulajadi


Antara pengguna setia Minyak Kelapa Dara Asli VINSHA







Mencegah itu lebih baik dari mengubati













Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...