Skip to main content

KELAS ATURAN BERPANTANG SERI KEJELITAAN (ABSK 2019)

PERHATIAN! INFO ni SANGAT PENTING untuk anda tahu.. Baca sekarang!


Bahaya gila meroyan


Ibu-ibu masih tak tahu lagi ke, punca kenapa ramai wanita di luar sana senang sangat untuk mengalami masalah gila meroyan,bentan urat, peranakan jatuh, tumpah darah dan macam-macam masalah lagi adalah disebabkan TIDAK BERPANTANG DENGAN BETUL.

Hampir 80% dari mereka akan ada masalah PERANAKAN. Selain dari tu, mereka akan mengadu ada masalah sakit-sakit badan, lenguh-lenguh pinggang dan sebagainya. Padahal, umur mereka belum pun masuk 40- an lagi!

Berdasarkan pemerhatian saya, mereka ni kebanyakannya dah tersalah cara berpantang. Puncanya, adalah kerana mereka tak tahu nak tanya dengan siapa. Yelah, orang tua-tua dulu kan ramai yang dah takde. Kalau ada pun sekarang, mereka mesti dah lupa ilmu berpantang ni sebab anak bongsu pun umur dah 20 tahun! Dah tak ingat lagi lah.

Sebab tu ramai yang ambil jalan mudah dengan tanya "En Google" jer. Senang! Tapi masalahnya pula, dekat google tu pulak, ada banyak sangat ilmu. Sampai kita sendiri pun tak tahu mana satu yang betul mana satu yang salah. Silap-silap haribulan, kita dah terbuat ilmu yang salah! Kan rugi tu.

Anda tak kesian ke dekat anak, dekat suami, dekat keluarga sendiri? Mereka perlukan anda lagi. Mereka nakkan kasih sayang seorang ibu. Bayangkan kalau anda sakit, macam mana anda nak jaga mereka dengan baik?

Sebab tulah orang-orang tua kita dulu sangat tekankan soal berpantang ni. Tapi ramai orang sekarang ni nak cepat, nak mudah je sampai mereka buat keputusan untuk berpantang secara moden.

Sebenarnya pantang moden tu banyak mudaratnya untuk kesihatan anda. Memang ianya nampak seakan mudah dan segera.Tetapi untuk jangka masa panjang, badan anda akan cepat penat, cepat jatuh sakit dan sebagainya. Sangat bahaya!

Mulai sekarang, anda kena STOP buat perkara yang SILAP sebab setiap kesilapan tu anda kena BAYAR kerugian dia. Kesihatan ni kan tinggi nilainya. Kalau sakit, nak buat apa-apa kerja pun jadi susah. Kalau sakit, dah jadi satu beban pula dekat suami. Tak nak la macam tu kan?

Anda kena berazam mulai sekarang, sempena tahun 2019 ni, apa kata anda mula belajar dan dapatkan ilmu yang betul dari mereka yang memang berpengalaman dalam bidang kesihatan khususnya soal berpantang ni.


Siapa yang patut hadir ke Kelas ATURAN BERPANTANG SERI KEJELITAAN (ABSK) ni?

Sebab kelas ni bukan untuk semua orang, tetapi hanya untuk mereka yang:

☑ Ingin tahu ilmu berpantang yang betul mengikut amalan perbidanan melayu.
☑ Ingin dapatkan tips dan petua untuk kesihatan.
☑ Pernah tersalah pantang dan ingin belajar dari kesilapan terdahulu. 
☑ Sangat suka dan berminat nak jaga kesihatan diri sendiri. 

Tapi, anda yang ingin menghadirkan diri ke kelas Aturan Berpantang Seri Kejelitaan (ABSK) 2019 ini mestilah mempunyai ciri-ciri di seperti di bawah:

☑ Perempuan
☑ Bekerja / Surirumah / Pelajar
☑ Berumur antara 22 - 35 tahun
☑ Sudah berkahwin/ Bujang / Sedang bertunang

Apa yang saya akan belajar dalam kelas tu nanti ya? 

☑Penjagaan diri yang betul semasa berpantang.
☑ Pemakanan yang boleh dan yang perlu dielakkan semasa dalam pantang
☑ Petua dan tips kesihatan kecantikan

 .. Dan banyak lagi! ( Bonus: Percuma Buku Panduan Tentang Berpantang) 

Kak Vin, boleh saya tahu, dekat mana lokasi kelas ABSK ni diadakan?

✔Lokasi: Kota Damansara (Berdekatan dengan Encorp Strand Mall ) 
✔ Tarikh: 26 Januari 2019 (Sabtu)
✔ Masa: 9:30 pagi - 12.00 tengahari

Anda yang nak sihat akan sanggup korbankan sedikit masa demi ILMU. 

InsyaAllah, berkat anda komited berikan masa anda, akan bantu anda untuk ubah HIDUP kepada lebih baik.

Wahh.. saya BERMINAT untuk hadir! Ok, tekan link di bawah ni segera! 




Berpantang bukan kerana anda seorang yang manja, tetapi kerana anda sangatlah istimewa! -Kak Vin-















Di VINSHA, kepakaran kami adalah khusus dalam bidang berpantang dan urutan. Sejak tahun 2015 lagi, kami telah diterima oleh pihak Hospital Pusrawi untuk melakukan urutan pada ibu-ibu lepas bersalin. Tidak sampai di situ sahaja, kami turut travel ke sekitar Lembah Klang dan mempunyai HomeSpa yang berpusat di Damansara. Anda boleh ikuti kami di facebook page dan instagram : @thevinsha




Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...