Skip to main content

PENGALAMAN SAYA BERPANTANG 6 ORANG ANAK

Saya mengandung anak yang pertama masa umur 20 tahun. Masa tu, tahun 1996. Boleh juga cakap saya ni kahwin muda. Yelah 19 tahun dah kahwin, umur 20 tahun dah dapat anak.

Ibu saya memang seorang bidan kampung. Memang keturunan atuk dulu pandai ubat orang, pandai mengurut.



Dan masa saya berpantang anak sulong, saya beruntung sebab keliling saya masa tu masih ramai lagi orang tua-tua dulu yang masih hidup. Mereka sangat tahu tentang berpantang. 

Jadi, mereka ni selalu la datang ziarah saya. Bila ziarah je, mesti pesan tentang berpantang. Jadi dari situ saya banyak belajar dan faham tentang berpantang ni walaupun umur muda lagi masa tu. Tapi bila mereka kongsi tu, saya jadi berminat nak dengar dan nak tahu.


Dari situ, banyak la yang saya belajar dan sangat faham tentang amalan berpantang ni. Kalau saya buat salah sikit, ibu saya akan tegur. Tak boleh macam ni, nanti bentan. Kena buat macam ni, baru betul. Jadi saya kurang la buat salah masa pantang. 

Nak jadikan cerita, ibu saya ni pula memang suka sangat cerita kisah orang lain yang salah pantang. Lepas tu badan dah sakit-sakit. Semuanya akibat tak berpantang dengan betul.

Sebab tu saya betul-betul berpantang sebab dalam hati saya, saya tak nak jadi macam tu.


Dari dulu lagi, saya mesti ingat pesan ibu saya ni. Dia ada cakap, " kalau jaga pantang betul-betul, boleh dapat badan macam anak dara. Berpantang ajar kita lebih disiplin. Dapat makan makanan berkhasiat."

Yelah, pagi dah kena sarapan, berurut, pakai bengkung, pakai stoking. Dia bagitahu sebab kenapa kena buat macam tu. Takdelah terkena gila meroyan dan masalah lain. Bila waktu dhuha je, mandikan anak pula.Lepas tu orang-orang dulu suka tuamkan bayi guna daun sireh untuk elakkan angin pasang dan kembung perut. Bila saya habis je pantang takde pun rasa sakit-sakit badan malah rasa lagi segar!



Sekarang, bila saya mengurut ibu-ibu lepas bersalin sejak 7 tahun lepas, jadi saya banyak nampak masalah ibu lepas bersalin ni mereka tak tahu tentang berpantang.Bila tanya, ramai yang cakap tak berpantang pun. Sebab tu saya tak hairan, sekarang macam-macam masalah dan penyakit selalu serang ibu-ibu muda. Umur baru 20-an tapi badan dah sakit mengalahkan mereka yang dah ada ramai anak.




Bila ramai sangat yang minta petua, minta ajar tentang berpantang yang betul, timbul lah idea untuk buat kelas Aturan Berpantang Seri Kejelitaan #ABSK untuk kongsi ilmu berpantang. Walaupun dah kahwin tapi mereka juga boleh belajar lagi untuk 'refresh' ilmu dan boleh guna untuk ajar anak dara mereka bila dah besar nanti.

Siapa cakap berpantang ni susah? Jujur saya cakap, pengalaman berpantang 6 orang anak sebelum ni, banyak ajar saya erti disiplin, erti menghargai diri dengan baik, erti kesihatan ni sangatlah berharga.

Kalau badan sakit, semua benda akan 'pergi' dari kita. Duit boleh dicari tapi kesihatan? Tiada ganti. Itulah yang saya fikir. 

Jika anda berminat nak join kelas ABSK Januari nanti, cepat daftar dan anda akan dapat Buku Panduan Berpantang percuma masa kelas ABSK tu nanti. Seat tak banyak dan terhad. Kalau nak dengar petua, tips yang mungkin anda tak pernah dengar, kena datang sendiri.



Tekan link ni

JOIN KELAS ABSK
























Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...