Sejak remaja lagi, Kak Vin memang sangat suka tentang kesihatan dan kecantikan. Kak Vin suka buat jamu, jus-jus kesihatan, skrub yang bahan bahannya berunsurkan organik dan semulajadi. Contohnya bahan seperti beras dan putih telur. Mak Kak Vin pula memang seorang bidan kampung. Jadi Kak Vin banyak tengok dari mak sendiri suka masak dan makan ulam-ulaman. Semuanya berasaskan tradisional. Kalau ubat orang pun, dia akan guna bahan-bahan semulajadi contohnya minyak lada hitam, kunyit dan juga halia. Dari situlah timbulnya minat untuk Kak Vin belajar dan jaga kesihatan dalaman dan juga luaran.
Bila Kak Vin berhijrah ke KL, masa tu semangat nak berniaga memang kuat sebab Kak Vin orang yang tak suka duduk diam. Apa yang ada masa tu, Kak Vin akan mulakan je dulu. Ingat lagi, first perniagaan yang Kak Vin buat adalah menjual produk kesihatan sampaikan Kak Vin sanggup berhabis banyak duit untuk adakan stok barang dekat rumah. Senang cerita, habis penuh la produk dekat almari rumah tu.
Tapi bila lama-lama Kak Vin jual produk tu, ada juga cabarannya. Orang atas Kak Vin masa tu dia gunakan orang bawah macam Kak Vin ni untuk kepentingan diri mereka sendiri. Akibatnya, makin lama untung yang Kak Vin dapat makin sikit. Bonus pun kadang-kadang dapat, kadang tak. Lepas tu Kak Vin pun buat keputusan untuk berhenti jual produk tu sebab Kak Vin terpaksa tanggung banyak kerugian dekat situ. Nak balik modal pun tak dapat. Memang rugi.
Kak Vin tak patah semangat dekat situ sahaja. Tak lama lepas tu, Kak Vin pun nekad tak nak jual produk orang lagi, Kak Vin buat servis cuci muka rumah ke rumah pula. Kak Vin start masa tu dengan harga RM10 je. Yelah, baru nak mula la katakan.
Yang menguatkan Kak vin nak berniaga ni sebab nak bantu suami. Anak pun kecik2 lagi masa tu, nak beli susu tepung lagi. Tambah, ada yang tengah bersekolah. Memang banyak nak pakai duit. Gaji suami pula hanya cukup-cukup sahaja. Jadi Kak Vin fikir, apa benda yang Kak Vin boleh buat untuk bantu tambah pendapatan keluarga. Akhirnya Kak Vin buat keputusan untuk buat servis cuci muka/facial.
Masa tu pakej Kak Vin yang ada cuma cuci muka resdung. Alhamdulillah, ada je rezeki orang nak cuci muka dengan Kak Vin. Cuma Kak Vin tak dapat nak keluar jauh-jauh. Terhad dekat kawasan sekitar rumah sahaja. Sebab Kak Vin jalan kaki masa tu. Kereta tak ada lagi. Jadi, tiap hari Kak Vin akan pergi rumah ke rumah kenalan yang Kak Vin kenal, ketuk pintu rumah, Kak Vin tebalkan juga muka untuk tanya semata-mata nak dapatkan RM10 masa tu.
Benda yang Kak Vin tak pernah lupa sampai sekarang, Kak Vin pernah dikutuk, diumpat orang. Mereka kata Kak Vin tak buat apa-apa kerja. Hanya jalan kaki tak tentu arah. Buang masa macam tu. Tapi Kak Vin tak putus semangat, tak pedulikan apa orang nak cakap. Kak Vin tahu apa yang Kak Vin buat adalah untuk bantu keluarga. Pernah juga orang buang kad bisnes depan mata, orang tulis di facebook cakap kita ni " takde matlamat hidup, orang yang gagal." Ya, semua tu pernah. Tapi semua tu tak buatkan Kak Vin" down " malah Kak Vin jadi lagi semangat nak buktikan yang Kak Vin akan berjaya juga suatu hari nanti.
Cabaran Kak Vin dalam bisnes ni tak berhenti setakat tu je. Suatu hari tu, ada kawan Kak Vin bagitahu yang dia nak datang rumah nak cuci muka. Bila dah cuci muka dia tu, dia pun sikit-sikit cucuk Kak Vin untuk join dengan dia buat bisnes. Dia cakap bisnes tu lagi untung.
Kenapa nak cuci muka ni? Buat penat badan je! Macam tulah lebih kurang ayat dia. Kak Vin fikir dia kawan baik Kak Vin, mungkin dia ikhlas nak tolong Kak Vin la masa tu.
Tapi tak lama lepas dah join dengan dia,mula-mula nampak macam semua okay. Tapi lepas tu, dia slow-slow pujuk kita untuk laburkan duit untuk upgrade pakej yang lagi mahal sikit. Katanya boleh untung banyak. Sebab ikutkan cakap Kawan, Kak vin terpaksa berhutang sampaikan jual satu-satunya kereta yang ada masa tu untuk dibuat modal bisnes.
Kawan yang dulu kata nak tolong mula ungkit. Baru Kak Vin tahu dia hanya nak gunakan Kak Vin untuk kepentingan diri dia sahaja. Dia bukan nak bantu kita malah dia burukkan-burukkan lagi Kak Vin depan orang lain. Sepanjang Kak Vin buat bisnes tu, hati Kak Vin tak pernah tenang. Yelah, sentiasa rasa nak kejar duit. Takde pun niat untuk bantu orang ke apa.
Sejak dari haritu, Kak Vin terus berhenti buat bisnes tu. Rupanya Kak Vin mula sedar yang bisnes sebenar Kak Vin adalah dalam bidang kesihatan dan kecantikan iaitu urutan. Kak vin perlahan-lahan ambik langkah untuk mula semula dengan urutan muka dan selepas tu barulah masuk kepada urutan badan. Kak vin mula sedar, sebelum ni berniaga, semua tak jadi. Kak vin mula belajar dan tambah ilmu. Merantau belajar ilmu tentang bisnes, belajar ilmu urutan. Mula dari situlah, Kak Vin mula nampak ada peningkatan dalam bisnes.
Alhamdulillah, sekarang Kak Vin boleh berbangga dengan sendiri. Bukan bangga apa. Bila tengok balik dulu dengan sekarang, banyak sangat beza. Sekarang, dengan bisnes urutan ni, Kak Vin dapat beli apa yang Kak Vin nak tanpa perlu harapkan duit suami malah dapat bantu suami dan keluarga lagi. Kalau dulu Kak Vin jual produk orang. Tapi sekarang, Kak Vin dah ada produk sendiri. Lagi gembira Kak Vin dapat beli kereta hasil usaha sendiri. Kalau dulu, mampu bagi mak duit belanja RM20 je. Itupun berkira-kira. Tapi sekarang, Kak Vin dapat bagi mak Kak Vin duit yang cukup untuk gembirakan hati dia.
Rezeki terbesar Kak Vin dalam urutan ni ialah bila mana urutan Kak Vin diterima masuk ke hospital oleh Doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pusrawi. Dan sejak dari situlah, urutan Kak Vin ni semakin dikenali ramai. Tiap hari, akan ada je yang booking slot urutan. Kalau tak di rumah (homespa) , di hospital. Latar belakang customer yang Kak Vin juga berbeza-beza. Ada yang doktor, datin, jurutera, cikgu dan macam-macam bangsa, semuanya datang jumpa Kak Vin untuk Kak Vin bantu mereka dengan urutan.
Bagi Kak Vin, erti kejayaan itu ialah bila hidup kita ni ada peningkatan dari sebelumnya. Kak Vin tak pernah rasa selesa. Kak Vin sedar yang tanggungjawab Kak Vin makin besar untuk bantu lebih ramai lagi wanita di luar sana yang memerlukan khidmat Kak Vin.
Apa yang penting, dalam hidup ni kita mesti buang jauh-jauh alasan kalau nak berjaya. Bila kita usaha, mesti Tuhan akan bantu kita.
Semoga anda semua dapat sesuatu yang berguna dari kisah Kak Vin ni ya.
Comments
Post a Comment