Skip to main content

Posts

diterbitkan oleh THEVINSHA

Jalan kaki rumah ke rumah untuk cuci muka RM10 demi besarkan anak yang masih kecil

Sejak remaja lagi, Kak Vin memang sangat suka tentang kesihatan dan kecantikan. Kak Vin suka buat jamu, jus-jus kesihatan, skrub yang bahan bahannya berunsurkan organik dan semulajadi. Contohnya bahan seperti beras dan putih telur. Mak Kak Vin pula memang seorang bidan kampung. Jadi Kak Vin banyak tengok dari mak sendiri suka masak dan makan ulam-ulaman. Semuanya berasaskan tradisional. Kalau ubat orang pun, dia akan guna bahan-bahan semulajadi contohnya minyak lada hitam, kunyit dan juga halia. Dari situlah timbulnya minat untuk Kak Vin belajar dan jaga kesihatan dalaman dan juga luaran. Bila Kak Vin berhijrah ke KL, masa tu semangat nak berniaga memang kuat sebab Kak Vin orang yang tak suka duduk diam. Apa yang ada masa tu, Kak Vin akan mulakan je dulu. Ingat lagi, first perniagaan yang Kak Vin buat adalah menjual produk kesihatan sampaikan Kak Vin sanggup berhabis banyak duit untuk adakan stok barang dekat rumah. Senang cerita, habis penuh la produk dekat almari rumah tu. ...
Recent posts

PENGALAMAN SAYA BERPANTANG 6 ORANG ANAK

Saya mengandung anak yang pertama masa umur 20 tahun. Masa tu, tahun 1996. Boleh juga cakap saya ni kahwin muda. Yelah 19 tahun dah kahwin, umur 20 tahun dah dapat anak. Ibu saya memang seorang bidan kampung. Memang keturunan atuk dulu pandai ubat orang, pandai mengurut. Dan masa saya berpantang anak sulong, saya beruntung sebab keliling saya masa tu masih ramai lagi orang tua-tua dulu yang masih hidup. Mereka sangat tahu tentang berpantang.  Jadi, mereka ni selalu la datang ziarah saya. Bila ziarah je, mesti pesan tentang berpantang. Jadi dari situ saya banyak belajar dan faham tentang berpantang ni walaupun umur muda lagi masa tu. Tapi bila mereka kongsi tu, saya jadi berminat nak dengar dan nak tahu. Dari situ, banyak la yang saya belajar dan sangat faham tentang amalan berpantang ni. Kalau saya buat salah sikit, ibu saya akan tegur. Tak boleh macam ni, nanti bentan. Kena buat macam ni, baru betul. Jadi saya kurang la buat salah masa pantang.  Nak jadikan ...

KELAS ATURAN BERPANTANG SERI KEJELITAAN (ABSK 2019)

PERHATIAN! INFO ni   SANGAT PENTING untuk anda tahu.. Baca sekarang! Bahaya gila meroyan Ibu-ibu masih tak tahu lagi ke, punca kenapa ramai wanita di luar sana senang sangat untuk mengalami masalah gila meroyan,bentan urat, peranakan jatuh, tumpah darah dan macam-macam masalah lagi adalah disebabkan TIDAK BERPANTANG DENGAN BETUL. Hampir 80% dari mereka akan ada masalah PERANAKAN . Selain dari tu, mereka akan mengadu ada masalah sakit-sakit badan, lenguh-lenguh pinggang dan sebagainya. Padahal, umur mereka belum pun masuk 40- an lagi! Berdasarkan pemerhatian saya, mereka ni kebanyakannya dah tersalah cara berpantang . Puncanya, adalah kerana mereka tak tahu nak tanya dengan siapa. Yelah, orang tua-tua dulu kan ramai yang dah takde. Kalau ada pun sekarang, mereka mesti dah lupa ilmu berpantang ni sebab anak bongsu pun umur dah 20 tahun! Dah tak ingat lagi lah. Sebab tu ramai yang ambil jalan mudah dengan tanya "En Google" jer. Senang! Tapi masalahnya p...

10 KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA ASLI YANG ANDA WAJIB TAHU

1) Membantu sistem pencernaan Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah di dalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar.  Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan.  Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.                                                                                                Video Testimoni Cik Maziah 2) Masalah kegemukan Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badan anda. Ia mengandungi asid lemak ...

BAGAIMANA IBU DALAM PANTANG BOLEH ATASI MASALAH SAKIT KEPALA DENGAN PETUA SIMPLE NI

Ibu-ibu dalam pantang selalu sangat ada masalah sakit kepala (migrain). Ada 3 punca kenapa benda ni selalu terjadi pada mereka. Antaranya disebabkan oleh: 1. Ibu-ibu memendekkan rambut dengan alasan sebab rimas. 2. Rambut panjang tetapi tidak disanggulkan/ di kemaskan. 3. Melewat-lewatkan berurut badan. Kalau anda pernah dengar, orang tua-tua dulu selalu sangat pesan, " Jangan potong rambut pendek, tak elok."  Sebenarnya ada sebab. Kita pula fikir, bila potong rambut pendek ni nanti jadi senang, tak perlu nak ikat rambut, kepala jadi ringan, senang nak buat kerja semua. Sebab itulah banyak terjadi masalah bentan,meroyan dan sebagainya kerana angin sejuk senang masuk ikut ubun kepala si ibu tadi. Lagi cepat, bila si ibu tadi pendekkan rambut mereka! Sebenarnya tak perlu pun potong rambut sampai pendek ni. Sebabnya dengan rambut panjang tadi, ada kelebihan untuk anda. 1. Ikatan rambut yang tinggi akan beri ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan m...

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Hai semua,pembaca blog VINSHA. Sejak kebelakangan ni,ramai yang mengadu dekat saya, mereka kata susah la nak kurus lepas dah bersalin ni.. Ada tips tak? Macam mana cara nak kurus ni? Itulah antara soalan yang mereka selalu tanya pada saya. Saya faham, nak turunkan berat badan lepas dah bersalin ni bukannya senang. Sebab itulah saya buat keputusan untuk buat fb live di facebook page baru-baru ni. Apa yang saya kongsikan semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin 6 orang anak dan juga saya kongsikan dari pengalaman dan pemerhatian saya mengurut ibu lepas bersalin di hospital. Ini antara tips untuk turun berat badan lepas bersalin. Ingat jer 3B  je okay? 1) BERURUT BADAN Ini langkah pertama kalau ibu-ibu nak kempiskan perut. Anda wajib berurut badan. Jangan biarkan badan derita tanpa berurut. Dan elakkan tunggu dah sakit baru nak berurut. Bila berurut ni, aliran darah jadi lancar, tiada urat yang bersimpul, angin jahat dalam badan pun dapat dikeluarka...

6 KEBAIKAN BILA BUAT URUTAN BADAN

Urutan badan menjadi pilihan ramai orang untuk mengatasi rasa penat, letih dan untuk melegakan bahagian badan yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja di pejabat. Sebab tulah kita dinasihatkan supaya mengambil urutan badan 1 kali dalam sebulan. Itupun paling minimum. Lagi kerap, lagi bagus. Banyak manfaat yang anda akan dapat bila buat urutan badan ni. Selain bermanfaat untuk tubuh, urutan badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat.  Bukan itu je, ada lagi beberapa kebaikan lain yang anda akan dapat. Antaranya ialah: 1. KURANG RASA STRES Urutan badan menjadi alternatif dan sangat berkesan bagi sesetengah orang. Bila anda dapatkan urutan badan, ini akan mendorong sistem pernafasan anda menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks ini akan menjauhkan diri anda daripada pelbagai fikiran negatif dan rasa takut mahupun gelisah.  2.  MELANCARKAN PERJALANAN DARAH Bukan tu je, urutan badan juga adalah cara yan...